Wednesday, July 21, 2010

Mungkin terlalu byk kes buang bayi..so jd lah begini

BEBERAPA anggota polis menjalankan siasatan di lokasi yang didakwa penduduk tempat menanam janin di Bukit Katil, Melaka kelmarin.


MELAKA - Tanda tanya penduduk Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini mengenai objek disangka bayi yang ditanam oleh satu pasangan di kawasan lapang dekat deretan rumah kedai kelmarin terjawab apabila polis mengesahkannya sebagai uri bayi.

Kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ternampak sebuah kereta jenis Proton Savvy berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan berhenti di situ.

Haikal Zamri memberitahu, selepas diamati, dia melihat seorang wanita turun sambil membawa sebuah beg sandang manakala pasangannya pula bergegas mencangkul tanah.

Katanya, selepas itu, lelaki berkenaan menanam satu tin biskut sebelum mengambusnya.

"Selepas pasangan itu beredar saya mengajak abang mengorek semula tanah itu kerana saya mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan.

"Selepas mengorek, saya ternampak satu tin biskut dan apabila dibuka saya terperanjat kerana ia mengandungi tali pusat bayi yang dibungkus di dalam plastik," ceritanya ketika ditemui kelmarin.

Haikal Zamri kemudian membawa tin itu pulang tetapi ibunya mengarahkannya supaya meletakkannya semula di situ sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, siasatan mendapati objek itu sebenarnya uri dan bukan janin seperti yang disangka penduduk

4 comments:

Anonymous said...

haish..
sampai nak tanam uri bayi pun dah jadi tak senang..

nie kes buang bayi punya pasal..semua orang jd curiga jer...

Anonymous said...

ada baiknya jugak dorang check tu..yela kot bayi betul mne tau..that's show they concern bout it. baguslah uri bayi je, cuma sepatutnya tanam jela dekat2 dgn rumah je,bila tanam dekat kawasan yg jd tumpuan awam tu yg jadi camni

NZ said...

sekarang macam-macam boleh terjadi.

Unknown said...

adoiii xpasal2 jd kes polis..
org nk tanam uri je pown.. huhu..
tp tu lah, mcm xde tmpt slamat sikit nk tanam benda tu... hmmm