Friday, September 24, 2010

Potong gaji wajib mulai 2013


CADANGAN potongan gaji melalui LHDN untuk bayaran balik wang PTPTN hanya membabitkan peminjam baru. - Gambar hiasan


SINTOK - Pelaksanaan skim pemotongan gaji wajib menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin dilaksanakan pada tahun 2013.

Skim itu bagaimanapun hanya membabitkan pelajar yang mula mendapat pinjaman tahun ini manakala bayaran balik untuk peminjam lama masih mengikut kaedah sedia ada.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, skim itu memerlukan kajian serta rundingan sehingga pertengahan tahun depan sebelum ia dibentangkan ke Kabinet untuk kelulusan.

Katanya, jika ia dilaksanakan, pelajar baru yang telah mula mendapat pinjaman PTPTN tahun ini akan diberi terus nombor fail cukai oleh LHDN.

"Ini bermakna apabila pelajar tamat pengajian dan bekerja mulai 2013, bayaran pinjaman dijelaskan menerusi potongan gaji,'' jelasnya pada sidang akhbar selepas mengadakan program ziarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) serta jamuan Aidilfitri di sini semalam.

Wednesday, September 22, 2010

Shahir AF8 terselamat, kereta baru beli remuk


Keadaan kereta Nissan Fairlady milik Shahir selepas terlibat dalam kemalangan Isnin lalu.


KUALA LUMPUR - Juara Akademi Fantasia Kelapan (AF8), Ahmad Shahir Zawawi, 22, tidak akan dapat melupakan bagaimana kereta berkuasa tinggi, Nissan Fairlady yang baru sebulan dibeli berpusing sebelum merempuh besi penghadang Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungkai, Perak pada Isnin lalu.

Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang ketika dia memandu dalam keadaan hujan lebat sambil ditemani seorang rakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari rumah keluarga di Kampar, Perak.

Thursday, September 16, 2010

Siti hamil?

salam..
baru je bberapa hari lepas menonton cite pasal siti..
aku x lah minat sgt die..
mne2 artis pon ak x minat sgt..
slagi aku x termuntah tgk lakonan dah terpekak dgr nyayian die..
slagi tu lah aku try mnjdi penonton dan pendengar setia..

siti terpaksa tangguh kan konsert sebab hamil???????????
korang bacce ni

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mengandung, sebaliknya hanya menjalani rawatan biasa dan dinasihatkan doktor supaya tidak berjalan jauh atau membabitkan diri dengan aktiviti fizikal termasuk mengadakan konsert dalam waktu terdekat,” kata Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Penjelasan yang dibuat melalui pengurusnya itu bagi menjawab dakwaan kononnya beliau mengandung hingga terpaksa membatalkan konsert sempena sambutan Hari Malaysia pada 25 September ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Siti yang sepatutnya dijadual mengadakan persembahan selama sejam itu terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas mendapat nasihat dan surat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Prince Court.


“Saya hanya menjalani rawatan normal bagi memantau tahap kesihatan diri memandangkan jadual kerja harian yang terlalu padat hingga ada kalanya mengabaikan kesihatan. Laporan itu hanya menjelaskan yang saya tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau membabitkan diri dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.


“Saya kesal dengan dakwaan beberapa pihak yang begitu cepat membuat andaian dan spekulasi. Doktor hanya menasihatkan saya berehat dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini sebelum saya kembali aktif pada pertengahan Oktober depan. Itu adalah prosedur biasa yang dijalani kebanyakan wanita.


“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Saya masih belum mengandung setakat ini,” katanya yang dihubungi semalam. Penarikan diri daripada pihak Siti pada saat-saat akhir itu menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang selaku penganjur terpaksa membatalkan keseluruhan acara konsert. Perkara itu disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam yang berkata kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan perubahan atau pindaan pada saat akhir.


Katanya, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti bersama surat akuan pakar perbidanan terbabit, kelmarin.


“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti,” katanya.


Guan Eng bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai surat akuan berkenaan sebaliknya meminta sebarang pertanyaan diajukan kepada penyanyi itu sendiri.


Beliau turut memaklumkan Siti Nurhaliza Productions sudah memulangkan bayaran pendahuluan RM60,000 kepada kerajaan negeri untuk konsert berkenaan malah turut bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami penganjur.


Siti juga melahirkan rasa terkilan dan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat bertemu peminat di Pulau Pinang dan menghiburkan mereka dalam acara konsert yang besar seperti itu. “Saya memohon maaf kepada penganjur serta peminat kerana gagal memenuhi undangan persembahan ini di saat-saat akhir. Jujurnya saya terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dan menghiburkan peminat di sana.


“Bagaimanapun saya sendiri tidak dapat menyangkal nasihat doktor. Saya berharap segala-galanya akan berjalan lancar seperti biasa selepas ini,” katanya.