Sunday, July 4, 2010

Detik memalukan dalam hidup saya - Maradona


MARADONA (tengah) yang kecewa diiringi dua pegawai pasukan ketika melangkah keluar dari stadium.


CAPE TOWN - Diego Maradona menyifatkan kekalahan memalukan Argentina di tangan Jerman merupakan hari yang paling sukar untuk dihadapi- nya sepanjang hidup.

Dua jaringan Miroslav Klose serta masing-masing satu daripada Thomas Muller dan Arne Friedrich membolehkan Jerman yang dibimbing Joachim Loew mara ke sepa- ruh akhir Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Argentina 4-0 di Stadium Green Point di sini malam kelmarin.

Ia merupakan kekalahan paling teruk pernah dialami Argentina dalam sejarah Piala Dunia sejak mereka tewas juga dengan jaringan 4-0 kepada Belanda pada edisi 1974.

Maradona telah memberi bayangan bahawa ia bakal menjadi penamat kepada rekod cemerlangnya sebagai jurulatih Argentina.

"Saya mungkin akan melepaskan ja- watan ini esok (semalam)," kata Maradona pada reaksi awalnya selepas perlawanan.

Namun, Maradona kemudiannya menuturkan kata-kata yang lebih realistik: "Kami akan lihat apa yang berlaku nanti. Saya tidak fikir untuk meninggalkan pasukan.

"Saya perlu berbincang dahulu dengan keluarga dan juga pemain tentang perkara yang perlu saya pertim- bangkan. Tetapi sebagai jurulatih dan pemain, gaya bola sepak begini yang orang suka.

"Sentuh bola, bertukar hantaran dan berlari. Argentina tidak boleh bermain dengan gaya lain," jelas Maradona.

Namun, itu tidak cukup untuk Argentina menandingi kehebatan Jerman yang sebelum itu menewaskan England 4-1 pada pusingan kedua dan seterus- nya bakal berdepan Sepanyol pada sepa- ruh akhir awal pagi Khamis ini.

Loew jelas begitu gembira dengan satu lagi persembahan menarik dan matang daripada skuad paling muda Jerman sepanjang 76 tahun penglibatan mereka pada Piala Dunia.

"Mereka mempamerkan satu tekad besar, keinginan tinggi untuk menang dan mempamerkan aksi sebenar sang juara. Mereka cukup berkesan.

"Apa yang penting sekarang, kami perlu kembali berpijak di bumi nyata dan mengawal emosi untuk perlawanan yang seterusnya," tegas Loew. - Agensi

No comments: