Wednesday, June 30, 2010

Fasha terima lamaran cinta Rizal


FASHA


KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.

Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

"Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.

"Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.

Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter.

Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka



p/s : meluat tul ngan pasangan ni

5 comments:

shima said...

haish macam macam si fasha ni.huhu

Bukan Pesimis said...

saya pun meluat betol ngn fasya..
agak2 r..
dh la ambik laki org..

"perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat."

Fay said...

oh what the....:O

Anizah said...

akue mmg bnci sgt dgn fasha!!!!!!!!!!!perampas!!!!!!!!!!

Biqque said...

tak paham kan? best sgt ke si jejai tu...eiiii i tak rasa parents si jejai ni nak terima si fasha ni...

btw, i got ur link from innit :D nice to know u :)

http://biqque.blogspot.com/