Monday, June 21, 2010

Rezeki buat Zamarul hisham and Diana


"Terima kasih kepada pihak media yang datang sokong pelancaran drama bersiri, Ilusi. Kebetulan berjumpa anda hari ini, saya hendak beritahu, saya sedang mengandung lima bulan," kata Diana ringkas yang masih kelihatan anggun dengan pakaian serba hitam walaupun berbadan dua.

Mengambil masa sehingga usia kandungan mencecah lima bulan untuk membuka mulut berkongsi perkhabaran manis tersebut kepada umum, wanita berusia 28 tahun itu punya alasan sendiri - mengikut saranan orang tua agar tidak terlalu teruja sewaktu mengandung anak sulung.

"Alhamdulillah, saya disahkan mengandung. Begitupun, saya jenis manusia jahil tentang bab hamil walaupun ada adik-beradik sudah melalui pengalaman sama sebelum ini. Bayangkan, pelbagai perasaan datang dalam diri. Ironinya, saya terfikir cara hendak berjalan selepas ini dengan perut memboyot.

"Tetapi, kegusaran ini berjaya dihapuskan sedikit demi sedikit. Buat masa ini, saya tidak menghadapi sebarang alahan, muntah atau mengidam macam wanita hamil lain. Setakat ruam-ruam kecil, ia memang ada. Cuma tidak tahu bagaimana pula keadaan selepas kandungan ini melebihi lima bulan.

No comments: