Tuesday, June 22, 2010

Saiful Apek mengundur diri



Begitulah luahan pelakon komedi, Saiful Apek kepada Berita Harian hari ini - 'Saya tak layak jadi ikon: Saiful Apek'.

Ekoran daripada kes penangkapannya, yang melihat Saiful bersama lima orang rakan lain ditahan reman selama empat hari atas tuduhan penyalahgunaan dadah, Saiful mengakui tidak layak dijadikan seorang ikon. Baginya, ikon sejati ialah Rasulullah SAW dan tiada sesiapapun yang mampu menggantikannya.

Tambah pelakon komedi berusia 41 tahun itu, penahanannya "membawa fadilat tersendiri" dan dipercayainya, sebelum dia dapat menjadi manusia yang baik dia perlu terlebih dulu melalui insiden yang buruk.

Memberitahu apa yang dilaluinya ini benar-benar menginsafkannya, Saiful juga meluahkan hasratnya untuk berundur dari bidang seni buat sementara waktu "kerana ingin berehat dan mahu merasai nikmat hidup sebagai orang sihat serta bebas” disamping menghabiskan masa dengan keluarga. Namun pengundurannya ini tidak bermakna dia akan meninggalkan bidang ini buat selama-lamanya.

Kongsi Saiful lagi, tempoh rehatnya itu bakal melihatnya terlibat dalam kempen-kempen sosial seperti kempen anti-alkohol, penyalahgunaan dadah dan penganiayaan.

Buat Saiful, kite harapkan Saiful dapat bangkit semula dari peristiwa ini. Dan jangan menghampakan para peminat yang tak putus-putus menyokong dan mendoakan yang terbaik buat Saiful.

Yang pentingnya, Saiful sudah insaf dan menyedari kesilapan sendiri. Manusia tiada seorang pun yang sempurna. Yang pentingnya, kita pelajari dari kesalahan lalu dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik selepas itu.



sumber : Gua.com

No comments: