Wednesday, June 23, 2010

Kasperky akan mecipta rekod baru

Kaspersky Lab sedang bersiap sedia untuk mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records untuk pengimbasan virus dan perisian perosak pada peralatan komputer yang paling banyak. Ia akan diadakan di Makmal Virus "Kung Fu" Kaspersky dari jam 11 pagi hingga 8 malam dari 31 Julai ke 2 Ogos di Bilik Mesyuarat 306, Tingkat 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena PC Fair 2009.

Kaspersky Lab merupakan peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer.

Orang ramai dijemput menghantar seberapa banyak peranti mudah alih mereka untuk pengimbasan dalam acara tersebut.

Pada masa yang sama, orang ramai boleh mengambil bahagian dalam pertandingan mengimbas seberapa banyak peranti mudah alih yang boleh dengan menggunakan produk canggih Internet dan anti-virus Kaspersky, sekurang-kurangnya lima jam sehari sepanjang tiga hari acara diadakan. Sila daftarkan penyertaan anda di
www.kaspersky.com.my.

Dalam acara tiga hari itu, Kaspersky Lab akan menghantar pakar mereka – Pasukan Zon Hijau Kaspersky – yang akan berkongsi amalan mengenai penyelidikan berkaitan komputer dan sistem keselamatan Internet dalam forum bertajuk ‘Penggunaan Komputer Secara Terkawal’, ‘Bagaimana Mengetahui Komputer Anda Telah Tercemar’, ‘Cara Menyesuaikan Program AV Untuk Tugasan Anda’ , ‘Cara Menghijaukan Peranti Anda’ dan ‘Jenayah Siber Hari Ini’.

Pengunjung juga berpeluang mempelajari dengan lebih lanjut tentang ‘Punca Dan Evolusi Virus’, persekitaran di mana program ini menular dan orang yang menciptanya, trend terkini dan juga sejarah Kaspersky Lab.

Selain program pendidikan, pengunjung juga dapat menerima manfaat daripada kaunter pemasangan dan penanggalan gangguan, di mana mereka dapat berinteraksi dengan pakar dari Kaspersky tentang cara melengkapi komputer mereka dengan produk Kaspersky.

Jika komputer telah dicemari virus, dapatkan langkah pengawalan yang berkesan di pameran Makmal Virus "Kung Fu" Kaspersky, ‘Cara untuk Membersih Dan Menyingkirkan Virus’.

No comments: