Tuesday, June 22, 2010

Penunjuk perasaan mahu Ariel direjam


Ratusan penunjuk perasaan menuntut hukuman rejam terhadap selebriti yang terlibat dengan klip video seks di Jakarta semalam.

JAKARTA - Sejumlah penunjuk perasaan di sini semalam menuntut penyanyi terkenal Indonesia, Ariel dihukum rejam sampai mati berhubung skandal klip video lucah yang turut melibatkan dua wanita mirip selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Seorang jurucakap sebuah kumpulan Islam berkata, Ariel yang berumur 28 tahun dan seorang duda sepatutnya dihukum rejam sampai mati bersama Cut Tari yang merupakan seorang pengacara televisyen terkenal.

"Tubuh penzina sepatutnya ditanam separuh badan dan dibaling batu sehingga mati," kata seorang penyelaras protes itu, Fadilah Karimah.

Tunjuk perasaan itu dilakukan semasa klip video itu masih boleh dilihat di Internet.

Menurut perangkaan, Indonesia mempunyai kira-kira 40 juta pengguna Internet. - AFP

3 comments:

adilah said...

memang layak pun, bkn stkt Ariel, betina2 yg terlibat pun kena rejam sekali.

Azam said...

sikitnya pgguna internet kt indon..
btw, skg ariel msti tgah mggigil..

Khairunnisa' said...

Rejam atau tidak, ia patut diberi iktibar kepada umat Islam yang lain. Zina merupakan kesalahan yang amat besar di sisi Allah SWT.

Semoga Allah melindungi dan membimbing kita ke jalan yang benar, insha'Allah.