Monday, June 21, 2010

Fasha..Tiz..and mamat ni..


KUALA LUMPUR: “Tiz Zaqyah ada menghubungi saya empat kali, kira-kira jam 4 pagi, 19 Mac lalu. Kononnya dia ingin mengajak saya keluar tetapi saya menolak.


“Saya berpendapat tidak wajar selain menghormati perhubungan dengan Fasha,” kata Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berhubung kenyataan Tiz yang menafikan dakwaan pernah menghubunginya sebelum ini.

Pelakon drama bersiri popular Nur Kasih itu sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu menerusi beberapa laporan akhbar selepas dikecam sebagai perampas kekasih orang.

Malah, Tiz sekali lagi menafikan perkara itu dalam laporan muka depan Harian Metro, semalam.

Kronologi ‘perang dingin’ itu bermula apabila aktres terkenal yang juga kekasih Jejai iaitu Fasha Sandha menulis dalam laman twitter iaitu @FashaSandha1, kononnya ada seorang pelakon cuba merampas kekasihnya dengan menghubunginya pada awal pagi.

Meskipun tiada nama dipetik, berdasarkan gambaran yang diberi serta lenggok bahasa digunakan Fasha, bintang Berlari Ke Langit dan Cicakman itu seakan merujuk kepada Tiz Zaqyah.

Jejai yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu kerana tidak mahu isu seperti itu menjadi lebih besar sehingga mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak.


“Jujurnya, saya hanya mengenali Tiz sebagai seorang rakan kerja Fasha yang pernah keluar bersama sebelum ini. Malah, Fasha sendiri yang mengenalkan dia kepada saya.

“Justeru, mustahil untuk saya keluar berdua dengannya atau menerima pelawaan ketika dia hubungi saya itu terutamanya tanpa Fasha sekali.

“Saya harap tiada lagi sebarang kenyataan yang tidak benar diberikan oleh mana-mana pihak mengenai isu ini,” katanya.

Tiz yang juga dramatis berusia 21 tahun dalam kenyataannya semalam, menyebut kononnya dakwaan dilemparkan Fasha itu mengarut dan tidak benar.

Sementara itu, Fasha ketika dihubungi terkejut dengan artikel itu selain menyifatkannya tidak patut dikeluarkan.

“Saya tidak mahu lagi mengulas perkara ini. Malah, pada kenyataan sebelum ini, saya sudah menyatakan perkara ini perlu dihentikan untuk kebaikan semua pihak.

“Bagaimanapun, saya amat terkejut dengan kenyataan Tiz dalam laporan muka hadapan Harian Metro yang kononnya saya mengarut. Saya harap Tiz akan lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya.

sumber : metro harian

1 comment:

shaffique said...

jejai ni bajet hensem ar.


My latest entry : Spongebob Dah Tak Lagi Comel