Thursday, August 12, 2010

Sari teruja dengan kehadiran anak Barr Al Aliy.

Sari teruja dengan kehadiran anak Barr Al Aliy.

Tanggal 10 Julai lalu merupakan detik paling manis dan berharga bagi pelakon serta pengacara, Sari Yanti Mohamad Nazari atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti, apabila telah bergelar ibu kepada seorang putera comel.

Rumahtangga yang dibina oleh Sari bersama Mohd Eddy Casmady sejak Januari tahun lalu kini diserikan dengan kehadiran permata sulung mereka yang diberi nama, Barr Al Aliy.

Barr dilahirkan seberat 3.1 kilogram secara normal pada jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Nama Barr Al Aliy dipilih oleh Sari dan suami yang merupakan antara 99 nama Allah. Kehadiran Barr sesungguhnya melengkapkan serta mengubah kehidupan pelakon yang popular dengan drama siri ‘Kisah Kaisara’ ini.

No comments: