Monday, July 5, 2010

Garam siapa? Who salt?

Sypnosis

Angelina Jolie stars in Columbia Pictures’ Salt, a contemporary espionage thriller. Before becoming a CIA officer, Evelyn Salt (Jolie) swore an oath to duty, honor, and country. She will prove loyal to these when a defector accuses her of being a Russian sleeper spy. Salt goes on the run, using all her skills and years of experience as a covert operative to elude capture, protect her husband, and stay one step ahead of her colleagues at the CIA.

Sunday, July 4, 2010

Detik memalukan dalam hidup saya - Maradona


MARADONA (tengah) yang kecewa diiringi dua pegawai pasukan ketika melangkah keluar dari stadium.


CAPE TOWN - Diego Maradona menyifatkan kekalahan memalukan Argentina di tangan Jerman merupakan hari yang paling sukar untuk dihadapi- nya sepanjang hidup.

Dua jaringan Miroslav Klose serta masing-masing satu daripada Thomas Muller dan Arne Friedrich membolehkan Jerman yang dibimbing Joachim Loew mara ke sepa- ruh akhir Piala Dunia 2010 selepas menewaskan Argentina 4-0 di Stadium Green Point di sini malam kelmarin.

Ia merupakan kekalahan paling teruk pernah dialami Argentina dalam sejarah Piala Dunia sejak mereka tewas juga dengan jaringan 4-0 kepada Belanda pada edisi 1974.

Maradona telah memberi bayangan bahawa ia bakal menjadi penamat kepada rekod cemerlangnya sebagai jurulatih Argentina.

"Saya mungkin akan melepaskan ja- watan ini esok (semalam)," kata Maradona pada reaksi awalnya selepas perlawanan.

Namun, Maradona kemudiannya menuturkan kata-kata yang lebih realistik: "Kami akan lihat apa yang berlaku nanti. Saya tidak fikir untuk meninggalkan pasukan.

"Saya perlu berbincang dahulu dengan keluarga dan juga pemain tentang perkara yang perlu saya pertim- bangkan. Tetapi sebagai jurulatih dan pemain, gaya bola sepak begini yang orang suka.

"Sentuh bola, bertukar hantaran dan berlari. Argentina tidak boleh bermain dengan gaya lain," jelas Maradona.

Namun, itu tidak cukup untuk Argentina menandingi kehebatan Jerman yang sebelum itu menewaskan England 4-1 pada pusingan kedua dan seterus- nya bakal berdepan Sepanyol pada sepa- ruh akhir awal pagi Khamis ini.

Loew jelas begitu gembira dengan satu lagi persembahan menarik dan matang daripada skuad paling muda Jerman sepanjang 76 tahun penglibatan mereka pada Piala Dunia.

"Mereka mempamerkan satu tekad besar, keinginan tinggi untuk menang dan mempamerkan aksi sebenar sang juara. Mereka cukup berkesan.

"Apa yang penting sekarang, kami perlu kembali berpijak di bumi nyata dan mengawal emosi untuk perlawanan yang seterusnya," tegas Loew. - Agensi

Mohd Juara!

Dengan markah keseluruhan sebanyak 71, Mohd atau nama penuhnya Mohd. Izwan Mohd. Nor dan mentornya, Ziana Zain diangkat sebagai juara Mentor 4. Satu keputusan yang barangkali tidak mengejutkan ramai pengikut rancangan realiti terbitan TV3 ini.

Malah diakui Mohd sendiri dalam akhbar Berita Harian hari ini, populariti mentornya itu sedikit sebanyak memberinya kelebihan dalam meraih undian peminat, yang merangkumi 50% daripada markah keseluruhan - 20% dari juri awam dan 30%, undian SMS. Markah selebihnya, sebanyak 50%, adalah daripada juri profesional, yang pada malam ini terdiri daripada Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikel.

Jika hendak dinilai prestasi Mohd pada malam ini, anak muda berusia 22 tahun itu ternyata telah memberikan satu persembahan yang bersungguh-sungguh. Persembahan pembukaannya, ketika mendendangkan lagu barunya, "Cinta" yang dicipta Aswandy dan Sham Kamikaze, memang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penonton.

Rata-rata komen juri profesional juga positif, dimana Sheikh memuji Mohd sebagai seorang artis yang ada bakat dan stail tersendiri. Namun Sheikh turut mengingatkan Mohd pentingnya untuk dia mencari identiti sendiri selepas ini kerana mendapati sukar untuk membezakan diantara peminat Mohd dan Ziana. Acis pula, selain menasihati Mohd agar perlunya untuk dia memahami lagu yang dibawa, dia juga perlu mencari ton-nya yang tersendiri kerana terlalu mirip dengan bekas-bekas juara lain.

Kemenangan anak kelahiran Johor ini memastikan dia pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.

Gelaran naib juara disandang oleh Adi Hamiz Johar, protege Dayang Nurfaizah, dengan 62 markah, dan dia membawa pulang wang tunai RM30,000. Sementara protege Azmeer, Nani yang hanya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 51, mendapat RM10,000.



info : gua.com

Saturday, July 3, 2010

Aizat Nafi Jatuh Hati

Penyanyi remaja popular, Aizat sekali lagi dilanda gosip apabila dikatakan telah jatuh cinta dengan seorang penyanyi wanita popular. Gosip ini timbul tidak lama selepas dia mengeluarkan kenyataan tentang status hubungannya dengan Liyana Jasmay.

Mengulas tentang gosip tersebut, Aizat yang ditemui baru-baru ini menafikan perkara itu. Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 24 ini, buat masa ini dia hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya.

“Terus terang saya katakan, saya tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa buat masa ini. Kalau ada pihak katakan saya rapat dengan seseorang, saya tidak nafikan. Tetapi hubungan itu hanya setakat hubungan profesional, untuk berkolaborasi. Bukan atas sebab peribadi atau selain daripada itu. Buat masa ini saya tidak mahu fikirkan soal cinta. Saya dengan Liyana Jasmay dulu pun tidak bercinta, tetapi orang sudah salah anggap.

“Tahun ini saya perlu capai matlamat saya terlebih dahulu sebelum fikirkan perkara-perkara lain. Pertama, saya mahu jelajah seluruh Malaysia untuk bertemu peminat dan mempromosikan album terbaru. Siri jelajah ini akan bermula selepas Aidilfitri ini. Satu lagi matlamat saya ialah saya mahu masuk pasaran Indonesia. Sekiranya berjaya, saya akan masuk pasaran Singapura pula. Jadi, banyak strategi yang perlu saya fikirkan daripada berfikir tentang cinta,” jelas Aizat.

Sementelah Aizat membuka cerita tentang album terbarunya, dia diminta mengulas lanjut tentang perkara itu. Menurut Aizat, album terbarunya berjudul ‘Urusan Aizat Amdan’ memuatkan tujuh buah lagu yang seratus peratus dihasilkan sendiri bersama abangnya, Anas.

“Lagu-lagu dalam album terbaru ini mempunyai banyak mesej dan saya menganggap ia lebih serius berbanding album ‘Percubaan Pertama’ dahulu. Album kali ini sangat berbeza. Banyak mesej kemanusiaan. Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebab tertentu memillih konsep serius ini.

“Apa yang saya hasilkan dalam album terbaru ini mewakili perasaan saya ketika menyiapkan album ini. Mudah-mudahan, ia boleh diterima oleh peminat di luar sana,” ujar Aizat yang akan melancarkan album pada 7 Julai hadapan.

Sertai ‘Kempen Bebaskan Bumi Palestin’
Dalam perkembangan lain, Aizat mengikuti jejak langkah Faizal Tahir apabila turut sama dalam ‘Kempen Bebaskan Bumi Palestin’. Walaupun ia bukan berbentuk wang ringgit, namun usaha dan cetusan idea yang hadir dalam dirinya diharapkan membuka mata rakyat Malaysia mengenai kempen ini.

Aizat menyumbangkan sebuah lagu yang diberi judul “Erti Hari Ini” yang liriknya menyentuh tentang kehidupan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Melalui lagu ini, Aizat telah menghasilkan sebuah muzik video yang memaparkan beberapa babak tragis yang berlaku di Semenanjung Gaza.

Mengulas tentang penglibatannya, Aizat yang ditemui ketika rakaman muzik video itu memberitahu, ini adalah caranya memberi sokongan kepada kempen yang dinaungi oleh TV3 itu.

“Sama seperti orang lain, saya juga melihat segala kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin adalah sesuatu yang kejam dan tidak adil. Bagi saya, kita harus bersatu untuk menentang penindasan ini. Saya tidak mampu berpidato atau bersyarah untuk tujuan ini, jadi inilah cara yang mampu saya lakukan. Saya harap dengan adanya lagu dan muzik video ini, ia akan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keseriusan kempen ini.

“Lagu “Erti Hidup” ini sebenarnya sudah lama saya cipta dan ia turut dimuatkan dalam album terbaru. Apabila TV3 berjumpa saya untuk sertai kempen ini, saya terus bagi lagu ini dan mereka menyukainya. Lagu dan lirik ini saya hasilkan bersama abang saya, Anas. Saya dan abang hasilkan lagu ini kerana tersentuh dengan penderitaan kanak-kanak di Palestin,” katanya.

Muzik video “Erti Hidup” diarahkan oleh Douglas Khoo, pengarah yang mengarahkan muzik video “Sampai Syurga” (Faizal Tahir) dan “Hanya Di Mercu” (Ayu OIAM) sebelum ini.


Friday, July 2, 2010

Sehati berdansa...ada yang.bercerai lagi?


Utusan Malaysia hari ini - 'Sabrina peserta Sehati Berdansa keenam bercerai' - mengesahkan bahawa pasangan aktres Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim sudah bercerai sejak sebulan yang lepas. Hasil perkahwinan itu melihat mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana berusia dua tahun.

Bila diminta komennya mengenai perkara itu, Sabrina yang bernikah dengan Shahrin empat tahun lalu, memberitahu dia "perlu merahsiakan kisah penceraian"-nya kerana menghormati keluarga kedua belah pihak. Meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, namun dia Shahrin masih berkawan baik "demi anak kami".

Artikel tersebut turut melaporkan perceraian Sabrina sebagai yang keenam dalam sejarah rancangan 'Sehati Berdansa'. Pasangan peserta lain yang turut mengalami nasib yang serupa termasuk Asheed Def Gab C-Sharifah Noor Shima, Atilia-Ariff Johan Abdul Aziz, Dira-Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi (OAG)-Shazlin Sharif dan Anne Ngasri-Abdul Wafi Hassan.

Klip video ariel and BCL palsu


Umum telah mengetahui polis Indonesia menemui 32 klip video seks yang mengaitkan Ariel Peterpan dengan beberapa selebriti popular Indonesia. Setakat ini hanya klip video yang membabitkan Luna Maya dan Cut Tari yang menjadi tumpuan siasatan.

Bagaimanapun, kira-kira dua minggu lalu nama Bunga Citra Lestari (BCL) mula disebut-sebut sebagai salah seorang selebriti yang turut terlibat. Semua ini gara-gara terdapat penjualan VCD yang didakwa memaparkan aksi seks Ariel dan BCL. VCD yang diberi tajuk ‘Penelusuran Tribun Manado’ itu dijual secara meluas di Manado, Sulawesi Utara pada harga 60,000 rupiah.

Media Jakarta melaporkan BCL enggan mengulas tentang perkara itu. Sebaliknya isteri kepada Ashraf Sinclair ini memilih untuk menumpukan perhatian kepada kandungannnya yang berusia lima bulan. Malah, ibu kepada BCL juga memaklumkan dia tidak pernah membincangkan isu itu dengan BCL kerana percaya ia tidak benar.

Kini, BCL, Ashraf dan seluruh ahli keluarga boleh menarik lafas lega kerana Polis Indonesia telah mengesahkan klip video yang didakwa membabitkan BCL dan Ariel adalah palsu. Pengumuman ini dibuat kelmarin oleh Ketua Badan Siasatan Jenayah Polis Komisioner Jeneral Ito Sumardi.

Menurut Ito, pengumuman itu dibuat setelah pihak polis melakukan siasatan secara terperinci termasuk melihat sendiri kandungan video itu.

Thursday, July 1, 2010

Ariel ade anak luar nikah rupenye


JAKARTA 1 Julai - Ibu kepada selebriti terkenal, Bunga Citra Lestari, mengakui berasa cemas apabila mendengar berita menyatakan anak perempuannya itu turut dikaitkan dalam kes video seks Nazriel Irham alias Ariel.

Ketika dihubungi melalui telefon, Emmy berkata, dia baru mengetahui perkara itu daripada siaran televisyen pagi ini.

Namun, apabila ditanya mengenai kesahihan video melibatkan Ariel dan Bunga itu, dia enggan mengulas tetapi yakin anaknya tidak akan melakukan perbuatan sedemikian.

"Saya tidak mahu mengulas apa-apa. Tanya saja pada siapa yang pernah menonton (video itu). Tanya kepada akhbar yang menulis tentang dari mana munculnya video itu. Saya yakin anak saya bukan begitu," tegasnya.

Media tempatan melaporkan, video adegan seks yang didakwa dilakonkan Ariel dan Bunga kini laris dijual dalam bentuk VCD di Manado, pada harga yang tinggi.

Sementara itu, bekas isteri Ariel, Sarah Amalia datang ke ibu pejabat polis hari ini sebagai saksi berhubung kes video seks tersebut.

Ia disahkan oleh jurucakap Polis Kebangsaan, Briged Jeneral Zainuri Lubis.

Sarah tiba pada kira-kira pukul 11 pagi ditemani suaminya, Herlambang Wibisono alias Sony yang juga pemain dram kumpulan Shanou dan memasuki bangunan ibu pejabat polis melalui pintu belakang.

Ariel dan Sarah pernah menjadi kekasih dan memiliki anak luar nikah, yang diberi nama Aleia sebelum melangsungkan perkahwinan namun mereka bercerai pada 2007 selepas tuntutan cerai daripada Sarah. - AGENSI


nota kaki : sian anak die..semua org tau skrg..die anak luar nikah..ape punye statement lah ni